Pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi Whatsapp dan telegram di universiti swasta
Kaedah pembelajaran teradun semakin meluas dilaksanakan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sama ada dirujuk sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), e-pembelajaran atau m-pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka potensi WhatsApp dan Telegram dalam pembelajaran (m-pembelajaran)...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11279/ http://journalarticle.ukm.my/11279/ http://journalarticle.ukm.my/11279/1/22292-64128-1-SM.pdf |
Summary: | Kaedah pembelajaran teradun semakin meluas dilaksanakan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sama ada dirujuk sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), e-pembelajaran atau m-pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka potensi WhatsApp dan Telegram dalam pembelajaran (m-pembelajaran) sebagai pelengkap kepada pengajaran bersemuka dan penggunaan portal e-pembelajaran. Analisis data berdasarkan maklum balas daripada 68 pelajar di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor yang diperoleh melalui borang soal-selidik dan maklumat yang dimuatnaik diWhatsApp dan Telegram. Penjelasan dan edaran borang soal-selidik kepada pelajar dibuat pada minggu terakhir semester dan pelajar diberi tempoh 1 jam untuk melengkapkan soal-selidik. Kajian ini menunjukkan sebahagian besar daripada responden telah menggunakan telefon pintar sejak empat tahun lalu (71%), membayar kurang daripada RM100 sebulan (81%) dan memilih pelan prabayar (85%). Aplikasi popular ialah WhatsApp (n=60, 88.2%), Youtube (n=49, 72.1%), Facebook (n=47, 69.1%), Instagram (n=43, 63.2%), dan Google+ (n=36, 52.9%). Para pelajar didapati kurang didedahkan dengan m-pembelajaran, tidak bersedia serta kurang berpuashati dengan capaian Internet, ketiadaan garis-panduan, dan kaedah penilaian. Pelajar sarjana muda program kejuruteraan, sains komputer & teknologi maklumat dan bioteknologi lebih aktif terlibat dalam perbincangan dan perkongsian maklumat berbanding pendidikan.Sebahagian besar pelajar bersetuju m-pembelajaran membantu mereka untuk lebih memahami hasil pembelajaran, meningkatkan imej universiti, daya saing dan kebolehpasaran graduan. |
---|