Faham beruk menurut Malik Bennabi dan perkaitannya dengan falsafah pendidikan negara

Faham beruk merupakan suatu faham kehaiwanan yang semakin menular dan membarah dalam kalangan masyarakat di Kepulauan Melayu. Faham kehaiwanan tersebut dibangunkan berdasarkan pemikiran Malik Bennabi. Ini kerana idea ulungnya tentang konsep manusia dan kemanusiaan bersifat sejagat yang turut terkait...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Khairiah Mohd Yassin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11267/
http://journalarticle.ukm.my/11267/
http://journalarticle.ukm.my/11267/1/14816-61629-1-PB.pdf
Description
Summary:Faham beruk merupakan suatu faham kehaiwanan yang semakin menular dan membarah dalam kalangan masyarakat di Kepulauan Melayu. Faham kehaiwanan tersebut dibangunkan berdasarkan pemikiran Malik Bennabi. Ini kerana idea ulungnya tentang konsep manusia dan kemanusiaan bersifat sejagat yang turut terkait dengan masyarakat dari Alam Melayu. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji konsep faham beruk Malik Bennabi dan menganalisis perkaitan faham kehaiwanan tersebut dengan Falsafah Pendidikan Negara di Malaysia. Untuk itu kaedah kepustakaan digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Data kajian diperolehi daripada karya-karya utama karangan Malik Bennabi. Kerangka konseptual dibentuk dan dimantapkan menggunakan kaedah analisis tekstual deskriptif. Daripada analisis tekstual tersebut, faham kehaiwanan berkenaan dihurai secara terperinci agar dapat menggabungjalin dan mencerakin idea Bennabi tentang konsep manusia dalam pembangunan peradaban. Hasil kajian mendapati bahawa faham beruk ialah suatu fahaman tersirat daripada kotak fikir Bennabi tentang permasalahan asas yang membelenggu manusia. Seterusnya, idea Bennabi berkisar persoalan manusia menitikberatkan dua aspek penting kemanusiaan iaitu keperibadian diri dan keintelektualan akal fikir. Penekanan terhadap dua aspek tersebut memperlihatkan kepentingan kajian ini kerana ia mempunyai perkaitan dengan elemen utama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu elemen jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Elemen jasmani, emosi dan rohani berkait rapat dengan keperibadian diri. Elemen intelek pula berkaitan dengan konteks keintelektualan manusia.