Faktor kepimpinan dan gender dalam penglibatan politik wanita di Malaysia (1980-2013)

Wanita hari ini adalah merupakan aset penting bagi masyarakat dan negara. Mereka bukan sahaja mampu untuk memimpin negeri, malah mampu memimpin negara dengan baik; penglibatan wanita dalam badan-badan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan juga tempatan boleh membawa perubahan kepada dasar-dasar da...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Rafidah Saidon, Sity Daud, Mohd Samsudin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11266/
http://journalarticle.ukm.my/11266/
http://journalarticle.ukm.my/11266/1/14809-61642-1-PB.pdf
Description
Summary:Wanita hari ini adalah merupakan aset penting bagi masyarakat dan negara. Mereka bukan sahaja mampu untuk memimpin negeri, malah mampu memimpin negara dengan baik; penglibatan wanita dalam badan-badan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan juga tempatan boleh membawa perubahan kepada dasar-dasar dan undang-undang yang memfokuskan kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga. Walau bagaimanapun, kaum wanita masih jauh ketinggalan berbanding kaum lelaki terutamanya dalam kepimpinan politik Malaysia. Kajian ini membincangkan mengenai faktor-faktor hubungkait kepimpinan dan gender mempengaruhi penglibatan politik wanita di Malaysia tahun 1980-2013. Tujuan kajian ini ialah untuk meneliti faktor-faktor kepimpinan dan gender dalam penglibatan politik wanita. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kualitatif melalui permerhatian dan temubual bersama beberapa orang responden yang terpilih dalam kalangan bekas menteri kabinet atau pun ahli kabinet, sarjana yang pernah membuat kajian tentang gender dan juga ahli parlimen. Selain itu, penyelidik juga memperolehi data sekunder yang berkaitan dengan kajian ini. Data-data dan jadual yang diperolehi dari sumber yang diyakini, kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Kerangka konsep yang digunakan dalam kajian ini ialah teori kepimpinan dan konsep gender. Hasil kajian mendapati wanita pada hari ini, lebih bersedia dan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam politik serta peranan mereka sebagai pengimbang dalam pembuatan keputusan. Oleh itu, penglibatan wanita dalam politik amat penting kerana mampu merubah masa depan dan pandangan masyarakat terhadap wanita serta peranan mereka dalam membuat keputusan.