‘Trade War’: sekatan perdagangan Jerman di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1914-1918

Artikel ini menganalisis usaha sekatan perdagangan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) di peringkat persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) terhadap aktiviti perniagaan dan perdagangan Jerman dan negara-negara musuh Britain. Pelaksanaan dasar sekatan perdagangan oleh British di NNMB me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shazwan Mokhtar, Mohd Samsudin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11217/
http://journalarticle.ukm.my/11217/
http://journalarticle.ukm.my/11217/1/13985-51484-1-PB.pdf
Description
Summary:Artikel ini menganalisis usaha sekatan perdagangan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) di peringkat persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) terhadap aktiviti perniagaan dan perdagangan Jerman dan negara-negara musuh Britain. Pelaksanaan dasar sekatan perdagangan oleh British di NNMB merupakan usaha untuk melindungi kedudukan NNMB sebagai pengeksport bahan mentah penting dunia, agar pihak musuh gagal untuk mendapatkan sumber bahan mentah untuk pembangunan ketenteraan. Kejayaan British menguasai pentadbiran NNMB menerusi penubuhan MMP pada tahun 1909, telah membolehkan usaha sekatan perdagangan ini dilaksanakan secara sah mengikut enakmen NNMB. Metodologi kajian sejarah digunakan untuk menganalisis dokumen penting seperti F.M.S Shorthand Report, fail-fail Persuruhjaya Tinggi British, F.O 371 & 372 dan C.A.B 38. Persuruhjaya Tinggi British memiliki autonomi kuasa pentadbiran dalam MMP seterusnya telah membolehkan kerajaan kolonial mentadbir kewangan dan menggalakkan lagi pembangunan kapitalisme kolonial di NNMB. Pihak British menggunakan MMP sebagai alat penting bagi memastikan kepentingan ekonomi British tidak tergugat ketika era perang. Faktor penting usaha sekatan ekonomi ini dilakukan ialah kegagalan Britain untuk bersaing dengan kemajuan ekonomi Jerman di peringkat antarabangsa. Tambahan lagi, usaha sekatan perdagangan ini juga merupakan strategi peperangan British untuk melemahkan kekuatan militer Jerman menerusi ‘perang ekonomi’. Kajian mendapati usaha sekatan perdagangan ini merupakan strategi jangka panjang yang dilakukan oleh British untuk memelihara kepentingan ekonominya di seluruh dunia sejak era sebelum perang. Hasil kajian ini membuktikan keberkesanan dasar sekatan perdagangan oleh MMP berjaya melemahkan kepentingan ekonomi Jerman di NNMB, dan sememangnya NNMB telah terlibat secara langsung dalam Perang Dunia Pertama sebagai proksi British.