Pengaruh faktor individu, keluarga dan persekitaran sosial terhadap tingkah laku penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja

Prevalen salah guna bahan dalam kalangan remaja semakin meningkat setiap tahun. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan dan sejauhmana faktor-faktor berikut iaitu individu, keluarga dan persekitaran sosial (di sekolah dan komuniti) memberi pengaruh terhadap tingkah laku salah guna bahan. K...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rozmi Ismail, Nor Azri Ahmad, Fauziah Ibrahim, Salina Nen
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11212/
http://journalarticle.ukm.my/11212/
http://journalarticle.ukm.my/11212/1/10042-51479-1-PB.pdf
Description
Summary:Prevalen salah guna bahan dalam kalangan remaja semakin meningkat setiap tahun. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan dan sejauhmana faktor-faktor berikut iaitu individu, keluarga dan persekitaran sosial (di sekolah dan komuniti) memberi pengaruh terhadap tingkah laku salah guna bahan. Kajian ini menggunakan metod survei melibatkan pengedaran soal selidik ke atas 480 responden remaja daripada populasi remaja berisiko tinggi dalam penyalahgunaan bahan. Responden yang terpilih adalah berumur di antara 13-17 tahun dan majoritinya adalah lelaki. Analisis korelasi dan regresi berganda telah digunakan untuk menguji hubungan dan mengenalpasti pemboleh ubah peramal terhadap gejala penyalahgunaan bahan. Keputusan kajian menunjukkan pemboleh ubah persekitaran sosial (keadaan berisiko di sekolah) dapat menerangkan sebanyak 45.5% daripada varians dalam tingkah laku salah guna bahan dan menjadi peramal yang dominan. Keputusan seterusnya melalui analisis regresi linear berganda mengesahkan bahawa model regresi menunjukkan pemboleh ubah individu, keluarga dan persekitaran sosial adalah signifikan dalam model tersebut dan menjadi penyumbang utama kepada salahguna bahan dalam kalangan remaja. Kajian ini merumuskan bahawa domain faktor persekitaran sosial amat penting dalam memahami keterlibatan remaja dalam penyalahgunaan bahan dan perlu diberi perhatian dalam merangka dan membina program pencegahan. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa sebarang dasar atau pembinaan modul pencegahan salah guna bahan dalam kalangan remaja perlu memfokus kepada aspek mengurangkan risiko dalam faktor persekitaran sosial seperti keadaan sekolah dan faktor komuniti yang tidak kondusif.