Perlaksanaan hisbah di Malaysia pada masa kini: perkembangan dan halangan

Institusi hisbah di seluruh dunia akhir-akhir ini dilihat semakin lemah atau semakin hilang fungsinya dan ia perlu diberikan perhatian yang serius kerana kegagalan melaksanakannya akan mengundang pelbagai natijah buruk yang sangat merosakkan. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Wan Alyati Wan Zakaria, Kamaruddin Salleh
Format: Article
Language:English
Published: Department of Da'wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11210/
http://journalarticle.ukm.my/11210/
http://journalarticle.ukm.my/11210/1/308-1093-3-PB.pdf
Description
Summary:Institusi hisbah di seluruh dunia akhir-akhir ini dilihat semakin lemah atau semakin hilang fungsinya dan ia perlu diberikan perhatian yang serius kerana kegagalan melaksanakannya akan mengundang pelbagai natijah buruk yang sangat merosakkan. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan perlaksanaan institusi hisbah di Malaysia pada masa kini yang mana dikatakan sebagai satu agen atau badan pencegah segala kemungkaran di samping menggalakkan segala amal kebaikan. Selain itu, kajian ini juga membincangkan mengenai halangan-halangan yang dihadapi di sepanjang perlaksanaan institusi hisbah di Malaysia dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi menanganinya. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkembangan institusi hisbah di Malaysia masih di tahap sederhana dan segala halangan perlu ditangani dengan bijaksana. Oleh itu, semua institusi hisbah di Malaysia ini perlu berganding bahu dalam memajukan lagi pengurusan sistem hisbah demi kepentingan bersama.