Pemeliharaan harta: analisis menurut Diwan Imam Shafi‘i
Menjaga dan memelihara harta ialah salah satu daripada maqasid dalam Islam. Maqasid bertujuan untuk memelihara kemaslahatan manusia dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan. Seseorang mujtahid perlu memahami ilmu maqasid sebelum mengeluarkan pandangannya. Antara mujtahid yang sering diterima panda...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Department of Da'wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11205/ http://journalarticle.ukm.my/11205/ http://journalarticle.ukm.my/11205/1/253-1087-2-PB.pdf |
Summary: | Menjaga dan memelihara harta ialah salah satu daripada maqasid dalam Islam. Maqasid bertujuan untuk memelihara kemaslahatan manusia dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan. Seseorang mujtahid perlu memahami ilmu maqasid sebelum mengeluarkan pandangannya. Antara mujtahid yang sering diterima pandangannya ialah Imam Shafi’i, seorang sarjana yang mahir dalam segenap cabang ilmu termasuklah fiqah dan bahasa Arab. Akan tetapi populariti beliau dalam bidang fiqah lebih diketengahkan berbanding bidang bahasa Arab. Disebabkan maqasid syariah amat penting dalam muamalat berkaitan harta dan kewangan, maka kajian ini diperlukan. Selain itu, kajian juga penting untuk memfokuskan pandangan Imam Shafi’i berkaitan pemeliharaan harta yang diungkapkan melalui bait-bait puisi. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi diterjemahkan melalui kaedah komunikatif dan semantik seterusnya dianalisis menggunakan teori stilistik. Hasil kajian ini mendapati Imam Shafi’i menggalakkan kesungguhan dalam mengumpul harta akan tetapi harta tersebut hendaklah diagihkan dengan cara yang wajar demi pemeliharaannya. Selain itu, hutang juga wajar direkodkan sesuai dengan saranan al-Quran. Sebagai seorang yang faqih, pandangan beliau sesuai dengan teori al-Quran, Hadis dan pendapat ulama. Beliau turut menggunakan laras bahasa yang selari dengan pandangan sarjana lampau dan kini dalam mengungkapkan puisinya. |
---|