Taubat penagih dan penerimaan komuniti: kajian kes di Baitul Cakna Terengganu

Taubat adalah satu cara untuk memperoleh keampunan dan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Taubat juga boleh membawa seseorang itu ke arah penyucian jiwa (tazkiyah al-Nafs) dan kembali kepada fitrahnya. Para ulama telah bersepakat bahawa taubat merupakan satu kewajipan bagi setiap hamba yang in...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Tarmizi Yusof, Mohd Safri Ali, Wan Hishamudin Wan Jusoh, Berhanundin Abdullah, Abdul Wahab Ali
Format: Article
Language:English
Published: Department of Da'wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11200/
http://journalarticle.ukm.my/11200/
http://journalarticle.ukm.my/11200/1/207-1082-2-PB.pdf
Description
Summary:Taubat adalah satu cara untuk memperoleh keampunan dan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Taubat juga boleh membawa seseorang itu ke arah penyucian jiwa (tazkiyah al-Nafs) dan kembali kepada fitrahnya. Para ulama telah bersepakat bahawa taubat merupakan satu kewajipan bagi setiap hamba yang ingin membersihkan dirinya sama ada daripada dosa kecil atau besar. Objektif kajian ini ialah melihat kepentingan konsep taubat dalam kalangan penagih serta dalam penerimaan komuniti terhadap penagih di Baitul Cakna Terengganu. Bagi mengumpul data, kajian ini merujuk kepada kajian literatur dan temubual separa struktur melibatkan lima orang respondan. Kajian ini mendapati semasa penagih menjalani proses pemulihan di Baitul Cakna Terengganu dan diterapkan konsep taubat dalam kehidupan mereka hal itu memberikan persepsi dan penerimaan yang baik dalam kalangan komuniti. Justeru taubat merupakan suatu altternatif yang baik untuk diketengahkan bagi membina hubungan yang baik antara komuniti dan penagih dadah.