Sumbangan Shaykh Muim Al-Wahhab dalam bidang politik di Besilam Langkat

Shaykh Muim merupakan salah seorang ulama yang terkenal dan disegani di Besilam Langkat. Beliau banyak menyumbangkan jasa bakti dalam bidang dakwah dan politik. Kajian ini bertujuan untuk melihat sumbangan dan peranan Shaykh Muim dalam bidang politik di kalangan masyarakat Besilam Langkat. Pemilihan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zikmal Fuad, Abdul Ghafar Don
Format: Article
Language:English
Published: Department of Da'wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11196/
http://journalarticle.ukm.my/11196/
http://journalarticle.ukm.my/11196/1/152-1003-2-PB.pdf
Description
Summary:Shaykh Muim merupakan salah seorang ulama yang terkenal dan disegani di Besilam Langkat. Beliau banyak menyumbangkan jasa bakti dalam bidang dakwah dan politik. Kajian ini bertujuan untuk melihat sumbangan dan peranan Shaykh Muim dalam bidang politik di kalangan masyarakat Besilam Langkat. Pemilihan terhadap kajian ini untuk dianalisa dan melihat kepada kepentingan politik dalam konteks dakwah masa kini. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini melibatkan kajian kepustakaan dan lapangan. Kajian kepustakaan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis dokumen, manakala kajian lapangan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual dengan responden yang terdiri dari pelbagai golongan dan latar belakang. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa Shaykh Muim mempunyai banyak keistimewaan seperti idea, metode dakwah dan karya tulis. Kajian ini juga mendapati adanya sumbangan Shaykh Muim dalam bidang politik di kalangan masyarakat Besilam Langkat. Kesimpulannya, sumbangan Shaykh Muim dalam bidang politik dapat dijadikan garis panduan untuk dikembangkan sehingga dakwah hadir dalam format yang multidimensi.