Transformasi hubungan kekeluargaan saudara kita dari sudut akhlak selepas memeluk Islam di Johor

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis transformasi hubungan kekeluargaan yang berlaku terhadap Saudara Kita di Johor selepas memeluk Islam dari sudut akhlak. Dalam konteks kajian ini yang dimaksudkan dengan hubungan kekeluargaan ialah hubungan yang terjalin antara ahli keluarga yang mempunyai ikat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Razaleigh Muhamat @ Kawangit
Format: Article
Language:English
Published: Department of Da'wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11192/
http://journalarticle.ukm.my/11192/
http://journalarticle.ukm.my/11192/1/199-1008-2-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis transformasi hubungan kekeluargaan yang berlaku terhadap Saudara Kita di Johor selepas memeluk Islam dari sudut akhlak. Dalam konteks kajian ini yang dimaksudkan dengan hubungan kekeluargaan ialah hubungan yang terjalin antara ahli keluarga yang mempunyai ikatan pertalian darah atau ikatan perkahwinan yang institusi yang bermula dengan pasangan suami isteri dan berkembang meliputi anak-anak lelaki dan perempuan, ibu bapa dan datuk nenek serta adik, abang dan kakak serta saudara mara yang dekat. Hubungan kekeluargaan yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah merangkumi hubungan di antara Saudara Kita dan keluarga dari aspek akhlak. Hubungan kekeluargaan ini penting bagi memastikan Saudara Kita dapat menghadapi kehidupan yang lebih bahagia serta dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lebih sempurna walaupun berada dalam kelompok ahli keluarga yang sama-sama telah memeluk Islam atau yang bukan Islam. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Seramai 455 Saudara Kita di Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul melalui soal selidik. Hasil kajian yang diperolehi mendapati terdapat transformasi yang berlaku dalam hubungan kekeluargaan dari sudut akhlak terhadap Saudara Kita selepas memeluk Islam di Johor.