Kesan filem seram terhadap pegangan agama: suatu tinjauan literatur

Kebelakangan ini penayangan filem bergenre seram samada hasil terbitan dalam mahupun luar negara semakin meluas dan dikhuatiri berupaya menjejaskan akidah masyarakat. Data yang telah dikeluarkan oleh FINAS menunjukkan sepanjang tahun 2003 sehingga kini sebanyak lebih kurang 126 buah filem seram tela...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Aisyah Hadi Munir @ A. Hadi, Muhammad Faisal Asha'ari
Format: Article
Language:English
Published: Department of Da’wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11189/
http://journalarticle.ukm.my/11189/
http://journalarticle.ukm.my/11189/1/187-1006-2-PB.pdf
Description
Summary:Kebelakangan ini penayangan filem bergenre seram samada hasil terbitan dalam mahupun luar negara semakin meluas dan dikhuatiri berupaya menjejaskan akidah masyarakat. Data yang telah dikeluarkan oleh FINAS menunjukkan sepanjang tahun 2003 sehingga kini sebanyak lebih kurang 126 buah filem seram telah ditayangkan di seluruh negara. Lambakan filem bergenre seperti ini menunjukkan ianya semakin diterima oleh masyarakat setempat. Namun, lambakan filem ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah kerana sesebuah filem mungkin sahaja menayangkan visual yang tidak benar mahupun membesar-besarkan perkara yang kecil dan memperkecilkan perkara yang besar. Pandangan yang salah ini bukan sahaja menaikkan emosi tetapi akan memberikan persepsi yang salah terhadap agama. Artikel ini akan membincangkan dapatan daripada sorotan kajian tentang hubungan antara penontonan filem seram dengan penjejasan akidah. Sorotan mendapati bahawa terdapat lima elemen yang boleh menyebabkan seseorang itu dipengaruhi oleh media iaitu peringkat umur, tahap pendidikan/level IQ yang rendah, kekerapan masa menonton, daya tarikan oleh media dan tahap pegangan agama yang rendah. Elemen-elemen ini perlu diuji untuk melihat keabsahannya terhadap kesan filem bergenre seram.