Pergerakan pelancong dan kesannya terhadap destinasi pelancongan wilayah

Dalam konteks pelancongan wilayah, pelbagai strategi dan program pelancongan telah dilaksanakan untuk mengimbangi kemasukan pelancong. Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan berlakunya penumpuan pelancong ke satu-satu negeri dalam wilayah pembangunan tersebut. Kenapa ia berlaku tentunya berkai...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Suzita Wan Ibrahim, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Mohd Fuad Mat Jali, Mushrifah Idris
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11083/
http://journalarticle.ukm.my/11083/
http://journalarticle.ukm.my/11083/1/15656-43721-1-PB.pdf
Description
Summary:Dalam konteks pelancongan wilayah, pelbagai strategi dan program pelancongan telah dilaksanakan untuk mengimbangi kemasukan pelancong. Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan berlakunya penumpuan pelancong ke satu-satu negeri dalam wilayah pembangunan tersebut. Kenapa ia berlaku tentunya berkaitrapat dengan pergerakan pelancong dan kesannya. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji pergerakan pelancong dan kesannya terhadap pembangunan pelancongan wilayah, dengan tumpuan kepada pelancongan wilayah iaitu Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Kajian ini bersifat kuantitatif, berdasarkan survei yang telah dijalankan pada September 2014-Febuari 2015 di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kaji selidik ini melibatkan 823 responden domestik dan 296 antarabangsa. Hasil kajian mendapati walaupun pemilihan negeri antara pelancong domestik dan antarabangsa adalah sama, penentu pergerakan dan kesannya adalah berbeza. Pelancong domestik mengharapkan wilayah pelancongan yang menarik sebelum mereka berkunjung, baik dan selesa semasa mereka berada di destinasi Sementara itu, pelancong antarabangsa berharap wilayah pelancongan yang sangat menarik sebelum mereka berkunjung, namun memberikan pandangan selesa serta selamat pada semasa mereka berada di destinasi. Dari sudut tujuan bercuti, bersama rakan-rakan adalah menjadi keutamaan, dan berpandangan kesannya kepada destinasi adalah tinggi. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan dimensi keutamaan antara pelancong domestik dan antarabangsa dalam menentukan pergerakan mereka dan kesannya terhadap destinasi pelancongan wilayah, khususnya di ECER. Kesimpulannya dimensi pergerakan dalam pelancongan wilayah perlu menjadi asas pertimbangan dalam membentuk acara dan ikon pengggalakan kepada pelancong.