Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik
Bentuk penulisan autobiografi dalam sesebuah karya kreatif, antara lain dapat merapatkan jurang bacaan untuk lebih meraikan kesusasteraan dalam kalangan khalayak umum. Makalah ini menumpukan nukilan Nisah Haron yang menggembleng bentuk penulisan autobiografi dalam kumpulan cerpennya, Rindu Seorang...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11072/ http://journalarticle.ukm.my/11072/ http://journalarticle.ukm.my/11072/1/15372-43792-1-PB.pdf |
Summary: | Bentuk penulisan autobiografi dalam sesebuah karya kreatif, antara lain dapat merapatkan jurang bacaan untuk lebih
meraikan kesusasteraan dalam kalangan khalayak umum. Makalah ini menumpukan nukilan Nisah Haron yang
menggembleng bentuk penulisan autobiografi dalam kumpulan cerpennya, Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve,
2011). Dua kecenderungan yang dimajukan dalam kumpulan ini adalah pertelingkahan yang berlaku dalam Adat
Perpatih dan perbahasan berkaitan bidang undang-undang. Kedua-duanya disalin pengarang dari latar belakang
keluarganya di Negeri Sembilan dan bidang pendidikan serta kerjaya yang pernah diikuti Nisah Haron. Beliau
merupakan graduan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum bertugas di sebuah firma guaman dan
kemudiannya mempunyai pejabat sendiri di kediamannya. Penemuan penelitian ini antaranya memperlihatkan
bahawa sebagai pengarang kreatif, Nisah Haron masih banyak mempertimbangkan unsur imaginasi, kreativiti dan
inovasi dalam gubahan cerpennya. Menerusi kumpulan ini didapati bahawa Nisah Haron menjadikannya sebagai
satu lensa untuk melihat perihal pemahaman dan pelaksanaan Adat Perpatih dan undang-undang dalam masyarakat.
Ia turut menampakkan kesan penyalinan “pernyataan kendiri” dalam kerangka autobiografi antaranya bagi
menjelaskan isu adat atau undang-undang, pelestarian warisan serta makna sanak dan persaudaraan dalam Islam.
Pernyataan kendiri itu rata-rata dijejaki menerusi metaforisnya binaan naratif atau lewat watak-watak atau subjek
yang dibentangkan. Ia juga sebahagiannya terkesan dalam beberapa catatan proses kreatif yang dilampir atau bacaan
tentang latar belakang pengarang. Kebanyakan watak perempuan yang diperagakan mewakili tuntutan dan falsafah
matrilineal yang terhimpun dalam Adat Perpatih di samping ia sebagai satu langgam ketara kepengarangan Nisah
Haron. Beliau memberikan ruang yang lumayan kepada watak-watak perempuannya bertindak dan membuat
keputusan untuk kemaslahatan bersama. |
---|