Daya tahan pelajar universiti awam dan universiti swasta

Kebolehpasaran graduan institusi pengajian tinggi (IPT) hangat dibincangkan dalam kalangan para akademik. Hal ini adalah kerana mereka dikatakan tidak memiliki kemahiran dan keupayaan berfikir secara kritis sehingga boleh menggugat keupayaan mereka dalam penyelesaian sesuatu masalah seperti mana y...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Norasmah Othman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11053/
http://journalarticle.ukm.my/11053/
http://journalarticle.ukm.my/11053/1/19601-55801-1-SM.pdf
Description
Summary:Kebolehpasaran graduan institusi pengajian tinggi (IPT) hangat dibincangkan dalam kalangan para akademik. Hal ini adalah kerana mereka dikatakan tidak memiliki kemahiran dan keupayaan berfikir secara kritis sehingga boleh menggugat keupayaan mereka dalam penyelesaian sesuatu masalah seperti mana yang dikehendaki majikan. Graduan juga dikatakan memiliki tahap keupayaan serta ketahanan yang rendah. Keadaan ini memberi persepsi negatif kepada majikan kerana kekurangan ini boleh mempengaruhi keupayaan mereka untuk berdepan dengan persekitaran dunia kerjaya yang sering berubah-ubah. Justeru, satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap daya tahan pelajar IPT dan perbezaan tahap daya tahan antara pelajar universiti awam dan universiti swasta. Seramai 1910 pelajar dari 15 buah universiti awam dan 16 buah universiti swasta telah dilibatkan dalam kajian ini. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi pengumpulan data. Hasil kajian mendapati daya tahan pelajar IPT adalah pada tahap sederhana. Malah kajian juga mendapati bahawa daya tahan antara pelajar universiti awam dan universiti swasta adalah sama atau hampir sama. Implikasi kajian ini mengambarkan apakah yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkepentingan dalam usaha meningkatkan daya tahan pelajar IPT.