Analisis pengelompokan terhadap klasifikasi alat repeh Bukit Bunuh 2010
Analisis pengelompokan telah dilakukan ke atas alat repeh daripada tapak terbuka Bukit Bunuh iaitu Tapak BBH 2010, di Daerah Lenggong, Perak. Alat repeh ini dapat dibahagikan kepada jenis bergerigi, bertakik, berperimping dan bertirus berdasar kepada morfologi dan teknologi. Bagi mengetahui sejauh...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10926/ http://journalarticle.ukm.my/10926/ http://journalarticle.ukm.my/10926/1/IMAN-2016-0403-08.pdf |
Summary: | Analisis pengelompokan telah dilakukan ke atas alat repeh daripada tapak terbuka Bukit Bunuh iaitu Tapak BBH
2010, di Daerah Lenggong, Perak. Alat repeh ini dapat dibahagikan kepada jenis bergerigi, bertakik, berperimping
dan bertirus berdasar kepada morfologi dan teknologi. Bagi mengetahui sejauh mana perbezaan antara jenis-jenis alat
repeh tersebut daripada segi morfologi dan jenis perbezaan maka analisis pengelompokan telah dilakukan. Pemboleh
ubah ukuran morfologi alat repeh telah digunakan dalam analisis ini. Hasil daripada analisis tersebut menunjukkan
terdapat kesamaan dan perbezaan morfologi antara jenis alat repeh. Semakin banyak pemboleh ubah yang berbeza
maka semakin jauh perbezaan jenis alat repeh. Alat repeh berperimping dan alat repeh bertakik mempunyai kesamaan
yang banyak daripada segi morfologinya maka kedua-duanya mempunyai jarak kelompok yang dekat. Sementara alat
repeh tirus pula mempunyai kesamaan dan perbezaan ukuran pemboleh ubah morfologi dengan alat repeh bertakik dan
berperimping. Bagaimanapun, alat repeh bergerigi didapati kesemua ukuran pemboleh ubah morfologinya berbeza
maka alat repeh tersebut mempunyai jarak kelompok yang jauh daripada kesemua jenis alat repeh. Oleh itu, dapat
dikatakan bahawa klasifikasi litik terutama alat repeh dengan berdasarkan kepada morfologi dan teknologi boleh
diguna pakai disebabkan wujud perbezaan antara jenis alat repeh. Malah ini dapat membuktikan bahawa walaupun
alat repeh di Asia Tenggara dikatakan bersifat amorfus tetapi ia sebenarnya masih terdapat perbezaan morfologi dan
dapat dikelaskan. |
---|