Makna dalam puisi terpilih Usman Awang
Semantik merupakan salah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji makna dalam kepelbagaian penggunaan medium bahasa. Perbincangan makna ini merangkumi keseluruhan makna yang ingin disampaikan oleh penulis sama ada dihubung kait dengan situasi atau zaman sesuatu karya tersebut dihasilkan. Keterbatas...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10924/ http://journalarticle.ukm.my/10924/ http://journalarticle.ukm.my/10924/1/IMAN-2016-0403-06.pdf |
Summary: | Semantik merupakan salah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji makna dalam kepelbagaian penggunaan medium
bahasa. Perbincangan makna ini merangkumi keseluruhan makna yang ingin disampaikan oleh penulis sama ada
dihubung kait dengan situasi atau zaman sesuatu karya tersebut dihasilkan. Keterbatasan dalam penghasilan karya pada
zaman negara masih terjajah menyebabkan golongan penulis lebih berhati-hati dalam pemilihan kata. Fungsi karya
sastera juga sebagai wadah pendorong semangat juang bangsa Melayu pada ketika itu kerana makna yang suatu karya
bukan pada dasarnya sahaja tetapi terkandung juga makna sebaliknya. Makna sebaliknya yang cuba disampaikan oleh
Usman Awang dalam karyanya akan dibincangkan dalam makalah ini. Penghuraian makna bukan hanya terbatas pada
bentuk leksikal tetapi konteks makna, maka puisi Usman Awang sebenarnya bukan sahaja mendukung makna dasar
tetapi wujud makna sebaliknya yang cuba disampaikan oleh beliau secara halus. Makalah ini akan memanfaatkan empat
buah puisi Usman Awang, iaitu Anjing Itu, Ayah Belum Pulang (Kisah Setelah Mogok),Keranda 152 dan Pak Utih. |
---|