Kesinambungan warisan budaya masyarakat Melayu Pantai Timur dalam cerita rakyat untuk kanak-kanak
Cerita rakyat merupakan salah satu genre kesusasteraan yang berperanan sebagai ekspresi budaya masyarakatnya. Elemen budaya ini termasuklah peraturan, norma, kepercayaan dan gaya hidup masyarakat dahulu dan masih lagi menjadi amalan daripada generasi ke generasi seterusnya melalui pembelajaran dan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10904/ http://journalarticle.ukm.my/10904/ http://journalarticle.ukm.my/10904/1/IMAN-2016-0401-09.pdf |
Summary: | Cerita rakyat merupakan salah satu genre kesusasteraan yang berperanan sebagai ekspresi budaya masyarakatnya.
Elemen budaya ini termasuklah peraturan, norma, kepercayaan dan gaya hidup masyarakat dahulu dan masih lagi
menjadi amalan daripada generasi ke generasi seterusnya melalui pembelajaran dan warisan turun temurun. Meskipun
begitu, telah banyak nilai kebudayaan yang telah terhakis ekoran dengan pembangunan dan perkembangan teknologi
dan pendidikan. Walau bagaimanapun, masih ada yang menganggap apabila terus berpegang kepada budaya lama,
masyarakat Melayu akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding bangsa lain. Tanggapan ini sedikit
sebanyak turut menjejaskan kedudukan kesusasteraan rakyat sebagai produk daripada kebudayaan masyarakatnya
hingga ke tahap membimbangkan. Walaupun begitu, budaya tetap tidak boleh dibuang atau dilupakan kerana di dalamnya
terkandung sejarah ketamadunan sesebuah bangsa untuk dijadikan panduan sebagai persediaan di masa hadapan.
Oleh itu, dua objektif menjadi tunjang kepada penelitian ini iaitu mengenal pasti dan menganalisis kesinambungan
unsur budaya yang masih wujud di kalangan masyarakat Melayu melalui cerita rakyat untuk kanak-kanak. Analisis
ini merujuk sepenuhnya kepada buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia selenggaraan Othman Puteh juga Aripin
Said dan tumpuan hanya diberikan kepada cerita rakyat masyarakat Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia
sahaja. Daripada penelitian yang dibuat, tiga unsur budaya dominan dapat dibahagikan iaitu kepercayaan, perubatan
dan seni budaya ekspresif. Unsur-unsur ini masih lagi dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Pantai Timur kerana
mempunyai nilai didikan dan nilai seni yang melambangkan diri anggota masyarakat Pantai Timur sendiri. Selain
itu, elemen budaya yang terselit dalam cerita rakyat bacaan kanak-kanak ini mampu membuka minda generasi muda terutama golongan kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. |
---|