Implementasi ibadah Islam sebagai terapi salah seksual remaja: kajian terhadap pusat perlindungan wanita terpilih di Selangor
Ibadah di dalam Islam merupakan salah satu mekanisme yang diakui berpengaruh dalam membentuk perilaku manusia. Sehubungan itu, terdapat banyak kajian menunjukkan masalah salah laku seksual remaja mutakhir ini dikenal pasti berpunca daripada pengabaian aspek ibadah. Bagi tujuan pemulihan dan perlin...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10902/ http://journalarticle.ukm.my/10902/ http://journalarticle.ukm.my/10902/1/IMAN-2016-0401-07.pdf |
Summary: | Ibadah di dalam Islam merupakan salah satu mekanisme yang diakui berpengaruh dalam membentuk perilaku manusia.
Sehubungan itu, terdapat banyak kajian menunjukkan masalah salah laku seksual remaja mutakhir ini dikenal pasti
berpunca daripada pengabaian aspek ibadah. Bagi tujuan pemulihan dan perlindungan, Taman Seri Puteri Cheras
(TSPC) dan Baitul Ehsan (BES) merupakan antara institusi yang diwujudkan secara khusus dalam mengendalikan
isu-isu salah laku termasuk salah laku seksual membabitkan remaja. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis
sejauh manakah aspek ibadah diberikan tumpuan dalam proses pemulihan remaja bermasalah salah laku khususnya
salah laku seksual di TSPC dan BES. Berdasarkan penelitian ke atas dokumen, temu bual dan pemerhatian yang telah
dijalankan, implementasi aspek ibadah Islam di TSPC dan BES terkandung dalam modul khusus yang dirangka bagi
tujuan pemulihan salah laku seksual remaja. Kedua-dua modul yang digunakan oleh pusat perlindungan tersebut
menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara teori serta amali merangkumi ibadah khusus dan
umum dengan menggunakan kaedah tertentu yang akan dibincangkan di dalam artikel ini. |
---|