Tahap daya tahan dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia dan di luar negara

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap daya tahan dan dimensi daya tahan pelajar IPTA di Malaysia dan di luar negara. Aspek dimensi daya tahan meliputi keyakinan diri, disiplin diri, kemampuan diri, kawalan diri dan tekad diri. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sama...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Irmohizam Ibrahim, Muhammad Hussin
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10884/
http://journalarticle.ukm.my/10884/
http://journalarticle.ukm.my/10884/1/Artikel-8_Irmohizam-Ibrahim_FPend.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap daya tahan dan dimensi daya tahan pelajar IPTA di Malaysia dan di luar negara. Aspek dimensi daya tahan meliputi keyakinan diri, disiplin diri, kemampuan diri, kawalan diri dan tekad diri. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan dalam daya tahan dan dimensi daya tahan berdasarkan beberapa faktor demografi. Aspek demografi yang diliputi terdiri dari jantina, lokasi institusi, lokasi tempat tinggal dan pendidikan ibubapa. Kedua-dua aspek tinjauan tahap daya tahan dan mengenalpasti perbezaan ini diperolehi dari data-data yang dikutip melalui soalselidik. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar IPTA di Malaysia dan di luar negara. Sejumlah 520 sampel kajian dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif dengan sokongan kaedah kualitatif melalui kaedah temubual kumpulan fokus bagi menjelaskan lebih mendalam dapatan kajian yang diperolehi daripada analisis kuantitatif. Ini termasuk menghuraikan lima dimensi yang di ambil dalam tahap daya tahan pelajar. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Min skor dimensi daya tahan diukur dan dibincangkan berdasarkan profail subjek. Ujian-t pula digunakan bagi meninjau perbezaan dalam daya tahan dan dimensi daya tahan berdasarkan faktor demografi. Dapatan kajian menunjukkan daya tahan dan dimensi daya tahan pelajar berada pada tahap yang tinggi kecuali disiplin diri yang berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan dalam daya tahan berdasarkan faktor jantina, lokasi IPT dan pendidikan ibubapa. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar IPTA mempunyai daya tahan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar IPT luar negara. Analisi kualitatif melalui perbincangan kumpulan fokus memberi indikasi bahawa daya tahan dilihat memberi impak kepada kepimpinan pelajar IPT.