Mengaplikasi struktur pengagihan risiko dalam program kokurikulum universiti
Pengurusan risiko adalah sangat penting dalam memastikan program kokurikulum di universiti mencapai peranannya iaitu sebagai pelengkap kepada kurikulum akademik dalam melahirkan graduan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kajian ini melihat bagaimana pengaplikasian kaedah...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10877/ http://journalarticle.ukm.my/10877/ http://journalarticle.ukm.my/10877/1/Artikel-1_RUBAYAH-YAKOB_FEP.pdf |
Summary: | Pengurusan risiko adalah sangat penting dalam memastikan program kokurikulum di universiti mencapai
peranannya iaitu sebagai pelengkap kepada kurikulum akademik dalam melahirkan graduan yang seimbang
dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kajian ini melihat bagaimana pengaplikasian kaedah Struktur
Pengagihan Risiko (SPR) iaitu satu kaedah yang mengenalpasti, menaraf dan menentukan faktor risiko bagi
program kokurikulum di institusi pengajian tinggi khususnya di UKM. Ianya dilakukan melalui dua peringkat
yang bermula dengan menstrukturkan risiko program berdasarkan SPR seterusnya menaraf atau mengkelaskan
tahap risiko terbabit. Hasil kajian mendapati bahawa SPR bagi program kokurikulum di UKM boleh dibahagikan
kepada dua peringkat iaitu pertama: sumber risiko bagi program tersebut boleh dilihat berdasarkan fasa-fasa
kitaran hayat program tersebut. Terdapat 9 sumber risiko yang telah dikenalpasti iaitu perancangan, rekabentuk,
maklumbalas, lokasi, tenaga kerja, kewangan, pengurusan, faktor luar kawal dan kebolehlaksanaan program.
Seterusnya, peringkat kedua merujuk kepada risiko yang lebih terperinci yang berpunca daripada setiap sumber
risiko dalam peringkat pertama. Secara keseluruhan, terdapat 41 jenis risiko program yang telah dikenalpasti
di peringkat kedua. 17 daripada risiko ini dikategorikan sebagai kritikal yang kebanyakannya meliputi aspek
kewangan, manakala 24 risiko berada pada tahap sederhana kritikal yang banyak melibatkan fasa projek and fasa
maklumbalas. Implikasinya semua risiko yang berada pada tahap kritikal merupakan risiko yang perlu diberi
perhatian yang lebih berbanding risiko lain kerana pengabaian terhadapnya boleh menyebabkan kegagalan projek
yang serius. Dari segi keutamaan risiko pula, kajian ini mendapati bahawa risiko yang berkaitan dengan kewangan
merupakan risiko yang perlu diberikan perhatian utama dalam memastikan kejayaan program kokurikulum
di UKM. Sebaliknya, risiko cuaca, risiko bencana alam dan risiko alam sekitar merupakan antara risiko yang
kurang penting. Walau bagaimanapun, pengabaian risiko-risiko ini secara total mampu menjejaskan kelancaran
program yang dilaksanakan. Faedah yang diperolehi hasil daripada pengaplikasian SPR ini ialah ia akan menjadi
senarai semak kepada pelajar tentang risiko yang bakal dihadapi oleh mereka sepanjang melaksanakan program
kokurikulum. Di samping itu, dengan bantuan SPR, para pelajar boleh bersedia dengan pelan-pelan alternatif bagi
meminimumkan kesan akibat daripada risiko tertentu dan sekaligus meningkatkan peluang kejayaan program
yang dilakukan dari segi skop, jadual dan belanjawan. |
---|