Pemikiran reflektif: meneroka amalan pemikiran siswa pendidik
Pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan masa kini memerlukan guru dan pelajar yang sentiasa berfikir secara reflektif dalam menangani masalah yang dihadapi. Melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran reflektif memerlukan guru yang mengamalkan pemikiran reflektif. Bagi memenuhi tuntutan tersebut,...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10870/ http://journalarticle.ukm.my/10870/ http://journalarticle.ukm.my/10870/1/Shamsiah-Md-Nasir.pdf |
Summary: | Pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan masa kini memerlukan guru dan pelajar yang sentiasa berfikir secara
reflektif dalam menangani masalah yang dihadapi. Melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran reflektif
memerlukan guru yang mengamalkan pemikiran reflektif. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, program latihan
perguruan memberi tumpuan utama kepada komponen amalan refleksi dalam melatih dan memperkembangkan
pemikiran reflektif siswa pendidik. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk melihat
amalan pemikiran reflektif siswa pendidik berdasarkan teori pemikiran reflektif Mezirow. Responden kajian
terdiri daripada siswa pendidik yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik dengan skala likert lima-poin. Hasil
dapatan kajian mendapati majoriti amalan pemikiran reflektif siswa pendidik adalah pada tahap yang praktikal.
Ini menunjukkan bahawa amalan pemikiran reflektif mereka telah dapat diperkembangkan melalui kursus yang
mereka ikuti. |
---|