“Experiential Learning” dan “Service Learning”: ke arah meningkatkan kemahiran insaniah pelajar UKM
Pengajaran dan Pembelajaran dewasa ini perlu merangkumi keseluruhan aspek perkembangan pelajar. Pembangunan minda dan intelek pelajar haruslah seiring dengan perkembangan dan keperluan rohani, jasmani serta emosi. Perancangan akademik masa kini juga mencadangkan supaya pengajaran dan pembelajaran ku...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10859/ http://journalarticle.ukm.my/10859/ http://journalarticle.ukm.my/10859/1/Norazila-Mat.pdf |
Summary: | Pengajaran dan Pembelajaran dewasa ini perlu merangkumi keseluruhan aspek perkembangan pelajar. Pembangunan minda dan intelek pelajar haruslah seiring dengan perkembangan dan keperluan rohani, jasmani serta emosi. Perancangan akademik masa kini juga mencadangkan supaya pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus perlu mengandungi elemen kemahiran berkomunikasi, ketrampilan berfikir, semangat kerja berpasukan dan pembelajaran sepanjang hayat. Penekanan kepada pengluasan serta kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran ini, pada prinsipnya, adalah selaras dengan cita-cita pendidikan dan falsafah UKM semenjak awal penubuhannya, iaitu untuk melahirkan siswazah berfikiran luas serta seimbang. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan “experiential learning” dan “service learning” ke atas pelajar UKM serta melihat bagaimana kaedah-kaedah baharu ini dapatdilaksanakan dalam kursus yang bersifat kemahiran generik di UKM. Kajian penyiasatan kualitatif ini melibatkan tiga kumpulan pelajar tahun satu yang telah mengambil kursus Pembangunan Diri II di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM. Data kajian diperolehi melalui temubual mendalam, perbincangan berkumpulan serta refleksi peserta selepas selesai sesi-sesi tertentu dalam merujuk pandangan pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran “experiential learning” dan “service learning” kursus tersebut. Hasil kajian menunjukkan pandangan pelajar UKM terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran ini adalah positif secara keseluruhan di mana peningkatan dalam jatidiri, kerjasama, komunikasi dan pengurusan maklumat dapat dikesan. |
---|