Penggunaan shahid hadith oleh al-Suyuti dalam Kitab Ham‘ al-Hawami‘ fi Sharh Jam‘ al-Jawami‘
Hadith merupakan antara sumber yang digunakan dalam pengkaedahan tatabahasa Arab. Akan tetapi, terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan ulama tatabahasa Arab sama ada untuk menerima atau menolak hadith sebagai shahid. Antara tokoh tatabahasa Arab yang dikatakan menolak hadith dalam pengkaedah...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10759/ http://journalarticle.ukm.my/10759/ http://journalarticle.ukm.my/10759/1/16922-53161-1-PB.pdf |
Summary: | Hadith merupakan antara sumber yang digunakan dalam pengkaedahan tatabahasa Arab. Akan tetapi, terdapat
perselisihan pendapat dalam kalangan ulama tatabahasa Arab sama ada untuk menerima atau menolak hadith sebagai
shahid. Antara tokoh tatabahasa Arab yang dikatakan menolak hadith dalam pengkaedahan tatabahasa Arab ialah
al-Suyuti. Namun, terdapat pandangan yang mengatakan beliau berada di pertengahan, iaitu di antara menerima
dan menolaknya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan penggunaan shahid hadith
oleh al-Suyuti dalam karya beliau yang membahaskan tentang kaedah tatabahasa Arab, iaitu Ham‘ al-Hawami‘ fi
Sharh Jam‘ al-Jawami‘ dan hanya memfokuskan pada bab al-‘Umad sahaja. Kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif dengan kaedah perolehan data menggunakan analisis kandungan terhadap karya Ham‘ al-Hawami‘ tersebut.
Dapatan kajian menunjukkan al-Suyuti telah menggunakan hadith sebagai shahid pengkaedahan tatabahasa Arab
dalam bab tersebut. Namun, hanya terdapat 27 sahaja penggunaan shahid hadith dalam bab tersebut berbanding
shahid al-Qur’an dan puisi. |
---|