Unsur-unsur persefahaman antara agama dalam kurikulum Pendidikan Islam dan Moral
Persefahaman antara agama ialah persefahaman nilai, amalan atau tindakan sesuatu penganut agama yang berlandaskan agama dengan penganut agama lain, sama ada dalam hubungan dengan Tuhan, manusia atau alam dalam segenap kehidupan. Persefahaman antara agama diketengahkan sebagai mencari titik persama...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10757/ http://journalarticle.ukm.my/10757/ http://journalarticle.ukm.my/10757/1/16920-53159-1-PB.pdf |
Summary: | Persefahaman antara agama ialah persefahaman nilai, amalan atau tindakan sesuatu penganut agama yang
berlandaskan agama dengan penganut agama lain, sama ada dalam hubungan dengan Tuhan, manusia atau alam
dalam segenap kehidupan. Persefahaman antara agama diketengahkan sebagai mencari titik persamaan dalam
nilai-nilai kebaikan, di samping menghormati perbezaan antara agama. Kajian ini bertujuan untuk meneliti unsurunsur
persefahaman antara agama yang diterapkan dalam Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjadi panduan buat para guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
di sekolah-sekolah. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kajian analisis kandungan dan kajian dokumen
yang melibatkan pengumpulan data dan penganalisisan data diaplikasi untuk meneliti dan mengamati penerapan
unsur persefahaman antara agama tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan pendidikan Islam dan moral amat
menekankan: aspek toleransi beragama, kasih sayang, berperikemanusiaan dan kesederhanaan; aspek kemuliaan
dan kehormatan manusia; dan aspek amalan pendekatan persefahaman ke arah mewujudkan persefahaman antara
agama. Persefahaman ini dapat dijayakan menerusi amalan atau pendekatan sama ada dialog, pendidikan, kajian
agama-agama, seminar dan persidangan agama, peranan media massa dan elektronik dan peranan semua pihak, sama
ada pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO). Persefahaman antara penganut agama wajar dilaksanakan
bagi mencapai perpaduan, keharmonian dan keamanan, terutama di negara masyarakat majumuk seperti Malaysia.
Kajian ini turut mendapati pendidikan Islam dan moral merupakan mata pelajaran KPM yang berjaya menerapkan
aspek-aspek persefahaman antara penganut agama, terutama dalam diri para pelajar itu sendiri. |
---|