Unsur semiotik dalam wacana iklan kecantikan
Dalam wacana iklan kecantikan wanita, unsur semiotik merupakan elemen yang paling penting dan berperanan besar dalam menyampaikan konsep dan mesej mengenai sesuatu produk yang ingin diiklankan. Imej visual dikatakan lebih efektif dan lebih memberi makna daripada seribu perkataan dan memainkan perana...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10737/ http://journalarticle.ukm.my/10737/ http://journalarticle.ukm.my/10737/1/10725-43183-1-PB.pdf |
Summary: | Dalam wacana iklan kecantikan wanita, unsur semiotik merupakan elemen yang paling penting dan berperanan besar dalam menyampaikan konsep dan mesej mengenai sesuatu produk yang ingin diiklankan. Imej visual dikatakan lebih efektif dan lebih memberi makna daripada seribu perkataan dan memainkan peranan yang amat penting bagi menarik perhatian pengguna dan dalam masa yang sama sebagai alat yang membentuk hubungan dialektikal antara pewacana dan khalayak. Dalam masyarakat Jepun yang homogen, monolitik dan monoetnik, penelitian menunjukkan bahawa terdapat intervensi pengaplikasian imej wanita kaukasia Oksidental dalam penghasilan wacana iklan produk kecantikan di Jepun. Makalah ini membincangkan mekanisme unsur semiotik yang berkiblatkan ideologi kecantikan dari Barat yang dimanfaatkan dalam 23 teks iklan produk kecantikan wanita dalam bahasa Jepun. Analisis adalah berdasarkan pendekatan analisis wacana, kaedah Fairclough (2001). Penginterpretasian menunjukkan bahawa pewacana telah memanfaatkan semaksimum mungkin nilai, imej serta stereotaip etnobudaya yang positif dan berprestij tinggi yang dibawa oleh negara-negara Barat. Keghairahan wanita Jepun dalam meniru gaya wanita kaukasia Oksidental yang dianggap sebagai ‘simbol budaya dunia’ dan ‘kecantikan universal’ dari segi berpakaian, cara solekan, dandanan rambut, bentuk fizikal raut wajah dan tubuh badan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pewacana dalam mencetus, membina dan menanam ideologi kecantikan oksidental bagi mempengaruhi, menarik perhatian dan minat wanita Jepun terhadap sesuatu produk kecantikan. |
---|