Gandaan separa dalam terminologi bahasa Melayu: analisis sosioterminologi
Istilah dibentuk untuk menyokong perbendaharaan kata bagi setiap ilmu yang dikembangkan. Persoalannya, bagaimanakah orang dahulu mencipta istilah sebelum adanya rumus dan peraturan? Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa sebahagian besar istilah pada masa lalu dibentuk secara spontan, namun...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10665/ http://journalarticle.ukm.my/10665/ http://journalarticle.ukm.my/10665/1/14071-47854-2-PB.pdf |
Summary: | Istilah dibentuk untuk menyokong perbendaharaan kata bagi setiap ilmu yang dikembangkan.
Persoalannya, bagaimanakah orang dahulu mencipta istilah sebelum adanya rumus dan
peraturan? Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa sebahagian besar istilah pada
masa lalu dibentuk secara spontan, namun pasti ada kaedah tersendiri yang membantu bijak
pandai dahulu mencipta istilah. Bahkan, beberapa hasil penelitian membuktikan bahawa
masyarakat Melayu mencipta istilah berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan
alam. Tradisi tersebut tidak hanya terhenti dalam kalangan masyarakat Melayu lama, tetapi
juga berkesinambungan sehingga kini. Misalnya, melalui kaedah pembentukan nama-nama
fauna seperti sesibur (sibur-sibur), pepatung (patung-patung), lelais (lais-lais) atau sesumpah
(sumpah-sumpah); dan flora seperti deduit (duit-duit), bebaru (baru-baru), bebuas (buasbuas)
atau bebati (beti-beti) yang muncul sejak zaman dahulu, kini istilah seperti cecair,
rerambut, tetikus, bebuli dan tetingkap digunakan dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk
kejuruteraan dan sains dan teknologi. Persamaan struktur tersebut bukan sekadar berdasarkan
peniruan semata-mata, sebaliknya ada rumus yang pastinya dapat dijelaskan. Artikel ini
bertujuan memaparkan aspek dan pola gandaan separa dalam terminologi bahasa Melayu, di
samping menjelaskan keterkaitan antara ilmu dan penciptaan istilah. Kupasan konsep istilah
yang dihuraikan menggunakan pendekatan sosioterminologi, yang menggabungkan data,
analogi, falsafah dan kognisi penutur Melayu, bukan sahaja dapat menyingkap kebijaksanaan
Melayu dalam menentukan pemilihan istilah tetapi juga menyerlahkan akal budi Melayu.
Analisis yang dilakukan terhadap 1,087 istilah gandaan separa yang ditemukan dalam korpus
istilah Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) mendapati bahawa walaupun
pembentukan istilah gandaan separa mengekalkan ragam kemelayuan istilah yang dibentuk,
namun pembentukannya bukanlah dilakukan secara sembrono, sebaliknya mempunyai pola
dan sistem yang teratur. |
---|