Gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Perancis
Makalah ini membincangkan mengenai gaya dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar Perancis dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian dijalankan di Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INA LCO), Paris. Subjek kajian terdiri daripada 19 pelajar Program Sarjana Muda...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10662/ http://journalarticle.ukm.my/10662/ http://journalarticle.ukm.my/10662/1/14278-47851-2-PB.pdf |
Summary: | Makalah ini membincangkan mengenai gaya dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh
pelajar Perancis dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian dijalankan di Institut National
des Langues et Civilisations Orientales (INA LCO), Paris. Subjek kajian terdiri daripada 19
pelajar Program Sarjana Muda Bahasa Indonesia/Malaysia, Jabatan Asia Tenggara dan Asia
Pasifik (Centre du Asie du Sud-est et Pacifique), INALCO. Kajian ini bertujuan untuk
memahami dan menghuraikan apakah gaya dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh
pelajar dalam pembelajaran bahasa. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang
diadaptasi dari soal selidik Wang (2015) dan dianalisis menggunakan statistik mudah yang
melihat kekerapan dan peratusan gaya dan strategi yang digunakan oleh pelajar. Analisis
gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam pembelajaran BM dibuat mengikut 4
kemahiran bahasa iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur mengikut
kerangka Christison (2003). Strategi pembelajaran pula dianalisis berdasarkan kerangka
teoretikal Oxford (1990) yang membahagikan strategi kepada 6 kategori utama iaitu strategi
ingatan, kognitif, tampungan, metakognitif, afektif dan sosial. Soalan-soalan yang terdapat
dalam soal selidik merangkumi semua kategori strategi pembelajaran tersebut. Dapatan
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar Perancis gemar mengamalkan gaya pembelajaran
bersifat visual, global, field-dependent dan reflektif serta cenderung menggunakan strategi
ingatan, metakognitif, afektif dan sosial dalam pembelajaran bahasa mereka. |
---|