Modal insan, daya saing dan prestasi usahawan wanita di Malaysia: analisis kualitatif usahawan wanita bumiputera di Melaka
Artikel ini membincangkan hasil dapatan kualitatif yang diperoleh daripada lima orang informan utama terhadap faktor yang mempengaruhi prestasi usahawan wanita Bumiputera yang yang berdaftar dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di negeri Melaka. Institusi memainkan peranan penting dalam pembangunan...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10627/ http://journalarticle.ukm.my/10627/ http://journalarticle.ukm.my/10627/1/7.geografia-ogos16-azira-edam%20%281%29.pdf |
Summary: | Artikel ini membincangkan hasil dapatan kualitatif yang diperoleh daripada lima orang informan utama terhadap
faktor yang mempengaruhi prestasi usahawan wanita Bumiputera yang yang berdaftar dengan Majlis Amanah
Rakyat (MARA) di negeri Melaka. Institusi memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat,
pembangunan sumber manusia dari sudut kemahiran, kebolehan, kreativiti, memberi bantuan kewangan dan bukan
kewangan terutamanya dalam pembangunan prestasi dan kejayaan pengusaha. Justeru, penekanan terhadap
pembangunan modal insan dan daya saing dilihat sebagai faktor penting dalam memastikan pengusaha mampu
bersaing dalam pasaran masa kini. Dalam konteks pembangunan sosioekonomi negara, golongan wanita dilihat
mampu untuk menyumbang ke arah peningkatan ekonomi dalam negara melalui perusahaan yang diceburi mereka.
Lantaran, penekanan terhadap faktor modal insan dan daya saing dalam kalangan golongan wanita dilihat penting.
Hal ini kerana, membolehkan usaha kerajaan dilakukan selaras dengan faktor yang paling mempengaruhi prestasi
pengusaha. Bagi tujuan ini, temubual secara berstruktur telah dilakukan ke atas lima orang informan. Hasil temubual
mendapati pengusaha wanita lebih memerlukan bantuan prasarana dan infrastruktur di samping aspek pendidikan
dan latihan, pengalaman perniagaan, bantuan kewangan dan kreativiti. |
---|