Singapura dan pengaruh luar menjelang Perang Dunia Pertama

Menjelang Perang Dunia Pertama, British mengakui bahawa Tanah Melayu khususnya Singapura telah pun terdedah dengan pelbagai hasutan dan propaganda pengaruh luar. Apabila Perang Dunia Pertama meletus pada 28 Julai 1914, pengaruh luar ini mula menyebarkan propaganda dan ideologi penentangan bagi men...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Aslah Akmal Azmi, Mohd Samsudin
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10625/
http://journalarticle.ukm.my/10625/
http://journalarticle.ukm.my/10625/1/5.geografia-ogos16-aslah-edam.pdf
Description
Summary:Menjelang Perang Dunia Pertama, British mengakui bahawa Tanah Melayu khususnya Singapura telah pun terdedah dengan pelbagai hasutan dan propaganda pengaruh luar. Apabila Perang Dunia Pertama meletus pada 28 Julai 1914, pengaruh luar ini mula menyebarkan propaganda dan ideologi penentangan bagi mendapatkan sokongan masyarakat untuk bangkit menentang British. Ancaman utama British pada ketika itu adalah daripada pengaruh gerakan Ghadar, Pan Islamisme dan Jerman. Menyedari hal ini, kerajaan British telah mengambil beberapa langkah bagi menghalang ancaman dan pengaruh luar tersebut. Namun begitu, hasutan dan propaganda pengaruh luar tersebut tidak dapat dibendung dengan mudah apabila akhirnya tercetus peristiwa “Singapore Mutiny 1915”. Artikel ini akan menganalisis keberkesanan usaha-usaha British dalam membendung serta menangani ancaman pengaruh luar yang membawa kepada peristiwa dahagi tentera (Singapore Mutiny 1915). Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer daripada rekod-rekod kerajaan British. Dapatan kajian memperlihatkan kelemahan dan kelonggaran pentadbiran British merupakan faktor utama yang telah membawa kepada berlakunya peristiwa “Singapore Mutiny 1915”. Kesimpulannya, pentadbiran British di Singapura gagal menghalang ancaman dan pengaruh luar sehingga membawa kepada pemberontakkan dari kalangan tenteranya sendiri iaitu Indian 5th Light Infantry.