Wahdat al-Wujud dan kewalian menurut Said Nursi menerusi karyanya Risale-i Nur
Wahdat al-Wujud dan kewalian adalah di antara beberapa isu penting yang berkaitan dengan tasawuf dan tarekat. Ketika Islam semakin tersebar ke seluruh penjuru dunia cabaran terhadap kemurnian ajaran Islam pun semakin besar ketika ia bercampur dengan budaya setempat dan semakin dangkalnya pemahama...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10613/ http://journalarticle.ukm.my/10613/ http://journalarticle.ukm.my/10613/1/15665-43694-1-SM.pdf |
Summary: | Wahdat al-Wujud dan kewalian adalah di antara beberapa isu penting yang berkaitan
dengan tasawuf dan tarekat. Ketika Islam semakin tersebar ke seluruh penjuru dunia
cabaran terhadap kemurnian ajaran Islam pun semakin besar ketika ia bercampur
dengan budaya setempat dan semakin dangkalnya pemahaman umat terhadap
Islam. Dalam suasana seperti ini muncul Bediuzzaman Said Nursi (1877-1960M)
seorang mujaddid (pembaharu) dari Turki yang berusaha membetulkan pemahaman
terhadap isu tersebut dengan mengajak umat Islam berpedoman kepada al-Quran
dan hadis dalam segala amalan, keyakinan dan ibadah harian mereka. Kajian ini
menjelaskan pandangan Said Nursi terhadap wahdat al-Wujud dan kewalian sesuai
dengan panduan syariah Islam menerusi karya agungnya Risale-i Nur. Kajian
memaparkan pendekatan Said Nursi yang moderat dalam membetulkan pemahaman
terhadap konsep wahdat al-Wujud dan kewalian secara ilmiah dan penuh hikmah.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen kajian kepustakaan
terhadap Risale-i Nur dan juga kajian perbandingan dengan pemikiran ulama
tasawuf lain sama ada ulama terdahulu mahupun ulama semasa. Hasil kajian ini
mendapati bahawa Said Nursi menilai fahaman wahdat al-Wujud dan kewalian
secara seimbang disertai dengan kritikan yang membina. Beliau tidak menyalahkan
atau mendakwanya sebagai satu ajaran songsang atau pemikiran yang menyimpang sebaliknya beliau memberikan konsep dan pemahaman yang betul sesuai dengan al-
Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. |
---|