Tingkah laku pengundi dan faktor kejayaan Barisan Nasional: kajian kes FELDA Kuala Krau
Pilihan raya merupakan salah satu komponen penting bagi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Ia merupakan saluran utama rakyat melibatkan diri dalam proses politik negara. Pilihan raya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan memperjuangkan kepentingan dan a...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10582/ http://journalarticle.ukm.my/10582/ http://journalarticle.ukm.my/10582/1/12x.geografia-jul16-azman%26jab-edam%20%281%29.pdf |
Summary: | Pilihan raya merupakan salah satu komponen penting bagi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi. Ia merupakan saluran utama rakyat melibatkan diri dalam proses politik negara. Pilihan raya memberi
peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan memperjuangkan kepentingan dan aspirasi mereka.
Pilihan raya juga membolehkan rakyat menentukan corak pemerintahan yang diingini, kerana setiap calon atau parti
yang bertanding mempunyai ideologi dan prinsip pemerintahan yang tersendiri.Tingkah laku pengundi di sesuatu
kawasan banyak dipengaruhi dengan pelbagai faktor. Faktor ini juga bergantung dengan kawalan sosial yang
dilakukan oleh sesebuah parti. Tujuan pertama makalah ini adalah untuk menghuraikan pengaruh identifikasi parti
dalam tingkah laku pengundi dan kedua, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan pengundian
pengundi. Kajian dilakukan terhadap penduduk di Parlimen Kuala Krau yang meliputi 15 FELDA. Seramai 400
orang telah menjadi responden. Responden dipilih secara rawak menggunakan bebola salji. Hasil kajian mendapati
sokongan kuat penduduk FELDA memberi kemenangan berterusan kepada Barisan Nasional. Kemenangan
berterusan parti politik disebabkan bakti serta janji yang ditunaikan dalam pembangunan sesebuah kawasan sama
ada pembangunan politik, ekonomi dan sosial. Pengundi kawasan FELDA lebih mementingkan pembangunan
kawasan untuk kesejahteraan hidup dan bukannya isu-isu yang sensasi. |
---|