Kecerdasan emosi, komunikasi non-verbal dan keterampilan peribadi para pekerja dalam konteks komunikasi keorganisasian

Kecerdasan emosi dan komunikasi non-verbal merupakan aspek komunikasi yang sangat penting dalam hubungan antara manusia. Tanpa kedua-dua elemen ini dalam kalangan pekerja, maka sesebuah organisasi boleh pincang dan tidak berdaya tahan. Justeru kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menganalisis t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Maizatul Haizan Mahbob, Noor Afzaliza Nazira Ibrahim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10553/
http://journalarticle.ukm.my/10553/
http://journalarticle.ukm.my/10553/1/16980-49259-2-PB.pdf
Description
Summary:Kecerdasan emosi dan komunikasi non-verbal merupakan aspek komunikasi yang sangat penting dalam hubungan antara manusia. Tanpa kedua-dua elemen ini dalam kalangan pekerja, maka sesebuah organisasi boleh pincang dan tidak berdaya tahan. Justeru kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menganalisis tahap kecerdasan emosi, kepentingan komunikasi non-verbal serta tahap keterampilan peribadi kakitangan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kuching. Kajian ini juga cuba mengenal pasti perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina dan jawatan, serta menganalisis pengaruh kecerdasan emosi ke atas keterampilan peribadi responden. Data yang diperoleh menerusi kaedah survei dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan analisis min, ujian t, korelasi dan regresi. Hasil dapatan menunjukkan tahap kecerdasan emosi kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kuching berada pada tahap tinggi. Kesedaran kakitangan terhadap kepentingan komunikasi non-verbal juga berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan keterampilan peribadi yang dinyatakan oleh mereka, juga berada pada tahap tinggi. Melalui ujian t, ternyata kumpulan pelaksana mempunyai kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding kumpulan pengurusan dan profesional. Perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina pula adalah tidak signifikan. Sementara analisis regresi mendapati, kecerdasan emosi khususnya dimensi kesedaran kendiri, motivasi diri dan kemahiran sosial memberi sumbangan varians ke atas keterampilan peribadi sebanyak 50 peratus.