Perhubungan media daripada perspektif editor Melayu Islam pertubuhan media di Malaysia
Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah organisasi dan amat kritikal bagi pengamal perhubungan awam (PPA) untuk membina hubungan yang berkesan dengan editor pertubuhan media. Objektif makalah ini berfokus pada amalan perhubungan media dengan memberi tumpu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10505/ http://journalarticle.ukm.my/10505/ http://journalarticle.ukm.my/10505/1/16475-46291-1-SM.pdf |
Summary: | Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah organisasi
dan amat kritikal bagi pengamal perhubungan awam (PPA) untuk membina hubungan yang
berkesan dengan editor pertubuhan media. Objektif makalah ini berfokus pada amalan perhubungan
media dengan memberi tumpuan kepada kepentingan amalan tersebut daripada perspektif editor
Melayu Islam pertubuhan media di Malaysia. Kaedah wawancara mendalam dilaksanakan untuk
menganalisis pendapat 10 orang editor mengenai amalan perhubungan media di Malaysia. Hasil
kajian nalisis memperlihatkan bahawa para editor Melayu Islam bersetuju bahawa amalan atau
budaya perhubungan media sangat penting di negara ini. Terdapat cadangan-cadangan untuk
penambahbaikan yang dikemukakan oleh para editor media kepada PPA dalam usaha membantu
meningkatkan keberkesanan amalan perhubungan media. Para editor Melayu Islam memberi
pandangan yang positif mengenai kepentingan amalan perhubungan media antara PPA dengan
editor pertubuhan media di negara ini. Mereka telah memberi pelbagai pandangan menarik yang
mungkin boleh dijadikan “budaya” kepada PPA di negara ini. Terdapat tiga faktor diperlukan bagi
penambahbaikan dalam membantu meningkatkan keberkesanan amalan perhubungan media di
negara ini, iaitu bahan perhubungan media yang mengandungi nilai berita, PPA yang
berpengalaman dan profesional di samping unit perhubungan awam yang mampu membantu
membina imej dan kedudukan organisasi mereka. Kesimpulan nya, pelbagai pandangan dan
cadangan telah dilontarkan oleh para editor Melayu Islam pertubuhan media yang mungkin sangat
sesuai dijadikan garis panduan oleh PPA di negara ini. Pandangan mereka bertujuan memperbaiki
dan meningkatkan amalan perhubungan media ke satu tahap yang lebih cemerlang dan profesional. |
---|