Tahap kefahaman bahasa Arab mengikut taksonomi bacaan dalam kalangan pelajar
Membaca adalah satu proses kognitif untuk mencari maksud dari bahan teks yang dibaca. Proses Kognitif mempunyai enam tahap kefahaman mengikut Taksonomi Bloom. Kajian ini bertujuan; (1) untuk mengenal pasti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar melalui Ujian Kefah...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10455/ http://journalarticle.ukm.my/10455/ http://journalarticle.ukm.my/10455/1/14028-38487-1-SM.pdf |
Summary: | Membaca adalah satu proses kognitif untuk mencari maksud dari bahan teks yang dibaca. Proses Kognitif mempunyai
enam tahap kefahaman mengikut Taksonomi Bloom. Kajian ini bertujuan; (1) untuk mengenal pasti tahap kemahiran
kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar melalui Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi; dan
(2) untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa
Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi sebagai
alat kajian. Respon kajian ini seramai 60 pelajar tingkatan dua yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian secara
keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Namun, secara
terperinci pula, dapatan kajian menunjukkan aras pertama Taksonomi berada pada tahap Sederhana, manakala aras
selebihnya adalah pada tahap Lemah. Dari aspek Peringkat Kebolehbacaan pula, dapatan kajian menunjukkan dua
aras pertama dan kedua pada Peringkat Bimbingan dan aras selebihnya pada Peringkat Kecewa. Dapatan kajian
juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab. |
---|