Kompetensi guru bahasa Melayu dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran

Kajian tinjauan dijalankan bagi mengenal pasti tahap kompetensi guru-guru Bahasa Melayu melaksanakan penerapan pemikiran aras tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. 118 orang guru Bahasa Melayu dari 13 buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi responden kajian. Pengkaji meng...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hasnah Isnon, Jamaludin Badusah
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10413/
http://journalarticle.ukm.my/10413/
http://journalarticle.ukm.my/10413/1/133-256-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian tinjauan dijalankan bagi mengenal pasti tahap kompetensi guru-guru Bahasa Melayu melaksanakan penerapan pemikiran aras tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. 118 orang guru Bahasa Melayu dari 13 buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi responden kajian. Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistic Package for Science Social (SPSS) versi 22.0. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat nilai purata min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan bagi menentukan profil demografi kajian dan menentukan tahap kompetensi guru-guru Bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru dari aspek pemahaman (min3.60) dan aspek pengetahuan (min3.35) berada pada tahap sederhana, manakala sikap guru-guru Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi (min 3.61) dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi. Dari segi kemahiran bahasa, kesemua kemahiran menunjukkan penerapan kemahiran aras tinggi yang tinggi (kemahiran dengar tutur min3.86, kemahiran bacaan min 3.83 dan kemahiran tulisan min3.75). Hasil kajian menunjukkan bahawa pemahaman dan pengetahuan guru perlu ditingkatkan. Hasil kajian ini dapat memberi input bermanfaat mengenai tahap kompetensi guru-guru Bahasa Melayu dalam penerapan pemikiran aras tinggi di Putrajaya.