Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam penguasaan kemahiran menulis esei tidak berformat Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Pendekatan secara kuantitatif digunakan dalam kajian ini iaitu dengan menggunakan kajian kuasi eksperimen ya...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10412/ http://journalarticle.ukm.my/10412/ http://journalarticle.ukm.my/10412/1/131-252-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta pemikiran
i-Think dalam penguasaan kemahiran menulis esei tidak berformat Bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Pendekatan secara kuantitatif digunakan dalam
kajian ini iaitu dengan menggunakan kajian kuasi eksperimen yang dijalankan selama
lima kali rawatan terhadap pelajar tingkatan 6 di salah sebuah sekolah menengah di
Bahagian Mukah, Sarawak. Pembahagian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
dilakukan mengikut kelas yang sedia ada. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 20
orang pelajar, dan begitu juga dengan kumpulan kawalan. Data diperoleh daripada ujian
pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t tidak bersandar dan
ujian-t bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam penulisan esei tidak berformat bagi ujian pra antara kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Selepas rawatan dijalankan, terdapat perbezaan
yang signifikan tahap pencapaian pelajar dalam penulisan esei bagi ujian pasca antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Perbezaan yang signifikan juga wujud
bagi tahap pencapaian pelajar dalam penulisan esei tidak berformat bagi aspek
kerelevanan antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen. Demikian juga
wujud perbezaan yang signifikan bagi aspek pengolahan bagi kumpulan eksperimen
antara ujian pra dan ujian pasca. Skor min ujian pasca lebih tinggi berbanding ujian pra
bagi kedua-dua aspek tersebut. Perbezaan yang signifikan juga wujud antara kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan bagi aspek kerelevanan dan pengolah dalam ujian
pasca. Skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Hal
ini membuktikan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam penulisan esei tidak berformat dalam kalangan pelajar
tingkatan 6. |
---|