Keberkesanan teknik membaca SQ3R dalam pengajaran kefahaman membaca di sekolah menengah

Kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah SQ3R dalam pengajaran membaca untuk tujuan pemahaman. Kajian dijalankan secara kuasi eksperimen dengan menggunakan teknik SQ3R bagi kumpulan eksperimen berbanding dengan kaedah konvensional untuk kumpulan kawalan. Kajian ini dilaksanakan di Sek...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Dyarudin Wan Mustappa
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10408/
http://journalarticle.ukm.my/10408/
http://journalarticle.ukm.my/10408/1/127-244-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah SQ3R dalam pengajaran membaca untuk tujuan pemahaman. Kajian dijalankan secara kuasi eksperimen dengan menggunakan teknik SQ3R bagi kumpulan eksperimen berbanding dengan kaedah konvensional untuk kumpulan kawalan. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah di daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah yang melibatkan sampel kajian seramai 50 orang pelajar tingkatan satu yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen seramai 25 orang pelajar dan kumpulan kawalan seramai 25 orang pelajar. Ujian-t diguna untuk pengujian hipotesis yang dibina. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah SQ3R dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional pencapaian keseluruhan kefahaman membaca pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pengajaran membaca menggunakan teknik SQ3R mampu memberikan kefahaman membaca dengan lebih berkesan kepada pelajar tersebut.