Keadilan teras kepimpinan raja-raja Melayu: dari era tradisi ke kontemporari
Kajian ini membincangkan mengenai konsep keadilan dalam kepimpinan raja-raja Melayu yang menjadi fokus pembicaraan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional. Hal ini menjadikan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional amat penting sebagai wadah pembentukan peradaban manusia bagi melahirk...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10404/ http://journalarticle.ukm.my/10404/ http://journalarticle.ukm.my/10404/1/18106-51384-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini membincangkan mengenai konsep keadilan dalam kepimpinan raja-raja Melayu yang
menjadi fokus pembicaraan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional. Hal ini menjadikan
karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional amat penting sebagai wadah pembentukan
peradaban manusia bagi melahirkan pemimpin yang adil dalam memenuhi tanggungjawabnya
sebagai khalifah Allah dan sekali gus hamba-Nya di muka bumi. Bagi menganalisis konsep
keadilan raja-raja Melayu semasa era tradisi, data kajian melibatkan karya-karya ketatanegaraan
Melayu tradisional yang dihasilkan atau disalin dari abad ke-15 hingga ke-19. Antara lain karyakarya
tersebut meliputi Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, Kitab Nasihat Raja-Raja, dan
Thamarat al-Muhimmah. Analisis konsep keadilan raja-raja Melayu dalam era kontemporari
pula bersumberkan Perlembagaan Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan adab
berasaskan model kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas (2001). Hasil kajian
membuktikan bahawa karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional berperanan sebagai
penanam adab bagi melahirkan pemimpin yang adil, yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
serta ukhrawi dan duniawi. Karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional menjadi panduan
kepada khalayak menjalin hubungan dengan Tuhan selaku Pencipta (hablumminallah) dan
hubungan sesama manusia (hablumminannas) di samping menjelaskan status peranan bagi
setiap manusia di dunia - sebagai khalifah Allah dan pada masa yang sama selaku hamba-Nya.
Prinsip keadilan ini diteruskan oleh raja-raja Melayu dalam era kontemporari. |
---|