Tahap Kefahaman Bacaan Kloz dan hubungannya dengan pencapaian bahasa Arab

Membaca ialah satu proses mental yang aktif dan pembaca mentafsir aksara huruf dan perkataan menjadi makna. Membaca menjadi sedikit mencabar kepada pelajar bahasa kedua, termasuk pelajar bahasa Arab, memandangkan pembaca bahasa kedua memerlukan daya tafsiran yang lebih sedikit berbanding kemahiran...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Sarizan Sulong, Wan Normeza Wan Zakaria
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10230/
http://journalarticle.ukm.my/10230/
http://journalarticle.ukm.my/10230/1/16914-47687-2-PB.pdf
Description
Summary:Membaca ialah satu proses mental yang aktif dan pembaca mentafsir aksara huruf dan perkataan menjadi makna. Membaca menjadi sedikit mencabar kepada pelajar bahasa kedua, termasuk pelajar bahasa Arab, memandangkan pembaca bahasa kedua memerlukan daya tafsiran yang lebih sedikit berbanding kemahiran membaca bahasa ibunda. Pada kebanyakan masa pula, pelajar perlu menterjemahkan dahulu perkataan Arab ke bahasa ibunda untuk memahami bahasa Arab. Kelajuan membaca bahasa kedua tidak selaju membaca bahasa ibunda. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan murid melalui Ujian Kefahaman Bacaan Kloz, di samping mengamati hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Kloz sebagai alat kajian. Respon kajian ialah seramai 60 pelajar yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Tahap ini menunjukkan pelajar memerlukan bimibingan untuk membaca petikan teks bahasa Arab. Mereka tidak mampu untuk membaca dan memahami secara bersendirian. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab. Ini sekaligus menunjukkan tahap kefahaman bacaan memberi sumbangan kepada pencapaian bahasa Arab.