Legasi intelektual al-Tabari dan Ibn Kamil dalam Tajarib al-Umam Karya Miskawayh
Makalah ini menilai legasi intelektual al-Tabari dan peranan Ibn Kamil dalam pembentukan epistemologi (teori ilmu) historiografi Miskawayh dalam karyanya, Tajarib al-Umam. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan bagaimana Miskawayh menggunakan pendekatan maraji‘ bagi merangka penulisan bahagi...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10227/ http://journalarticle.ukm.my/10227/ http://journalarticle.ukm.my/10227/1/16911-47681-1-SM.pdf |
Summary: | Makalah ini menilai legasi intelektual al-Tabari dan peranan Ibn Kamil dalam pembentukan epistemologi (teori ilmu)
historiografi Miskawayh dalam karyanya, Tajarib al-Umam. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan bagaimana
Miskawayh menggunakan pendekatan maraji‘ bagi merangka penulisan bahagian sejarah universal yang bermula
dari skop sejarah Parsi pra-Islam sehingga peristiwa sejarah tahun 339 Hijrah dalam Tajarib al-Umam. Artikel ini
mengaplikasi metode analisis dokumen berasaskan kandungan teks Tajarib al-Umam. Analisis mendapati wujuda tiga
aspek yang signifikan. Pertama, maklumat sejarah dalam bahagian sejarah universal Tajarib al-Umam didominasi
dan diperoleh daripada kitab Tarikh al-Rusul wa al-Muluk karya al-Tabari melalui perantaraan Ibn Kamil. Kedua,
Miskawayh memperoleh maklumat sejarah daripada Ibn Kamil menggunakan metode maraji‘. Ketiga, wujud peranan
Ibn Kamil sebagai guru sejarah yang memberikan ijazah kepada Miskawayh bagi menyusun dan menulis Tajarib
al-Umam. |
---|