Kesan kepekatan mangan terhadap biojerapan mangan oleh pencilan Bacillus cereus tempatan
Masalah pencemaran mangan (Mn) yang terkandung dalam air sangat bertoksik kepada hidupan kerana boleh menyebabkan pengumpulan pada gastro usus, penurunan tahap hemoglobin dalam darah, ketoksikan saraf, rasa mual, air kelihatan coklat kemerahan, dan juga paip tersumbat. Dalam ujikaji yang dijalanka...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10217/ http://journalarticle.ukm.my/10217/ http://journalarticle.ukm.my/10217/1/8.pdf |
Summary: | Masalah pencemaran mangan (Mn) yang terkandung dalam air sangat bertoksik kepada hidupan kerana boleh
menyebabkan pengumpulan pada gastro usus, penurunan tahap hemoglobin dalam darah, ketoksikan saraf, rasa mual,
air kelihatan coklat kemerahan, dan juga paip tersumbat. Dalam ujikaji yang dijalankan, Mn yang terkandung dalam air
dirawat dengan menggunakan pencilan Bacillus cereus tempatan. Biojerapan mangan dilakukan dengan menggunakan
tiga kepekatan mangan iaitu 25, 40 dan 100 mg/L. Analisis yang terlibat dalam kajian ini adalah analisis ketumpatan
optik (OD), pH, kepekatan mangan, biojisim dan unit pembentukan koloni (CFU). Keputusan menunjukkan OD, pH dan
juga biojisim meningkat mengikut masa menggambarkan pertumbuhan bakteria. Kepekatan Mn menurun daripada 25,
40 dan 100 mg/L kepada 10.2, 18.6 dan 52.2 mg/L dengan peratus penyingkiran masing-masing sebanyak 55, 53 dan
50 % selepas 48 jam tempoh eraman. Manakala peratus pengambilan Mn oleh B.cereus menurun apabila kepekatan
awal Mn ditingkatkan. Oleh yang demikian, proses biojerapan Mn oleh pencilan B.cereus tempatan dipengaruhi oleh peningkatan kepekatan awal Mn. |
---|