Pengetahuan pelajar sekolah menengah tentang penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran bahasa Melayu

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar tentang penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan pengetahuan berdasarkan jantina, di samping menjelaskan kesesuaian penggunaan peta pemikiran terhadap proses pembelajaran Bahasa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jumaliah Mingan, Zamri Mahamod
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10192/
http://journalarticle.ukm.my/10192/
http://journalarticle.ukm.my/10192/1/114-224-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar tentang penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan pengetahuan berdasarkan jantina, di samping menjelaskan kesesuaian penggunaan peta pemikiran terhadap proses pembelajaran Bahasa Melayu. Seramai 300 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 di sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi, Johor dijadikan responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi dengan soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengutip data di samping kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18 sebagai alat untuk pemerihalan data. Statistik deskriptif seperti peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menjawab persoalan kajian, manakala statistik inferensi, iaitu Ujian-t dan Ujian ANOVA digunakan untuk menjawab hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan mengenai peta pemikiran berdasarkan jantina pelajar apabila nilai signifikan didapati lebih besar daripada aras p.0.05. Dapatan temu bual pula menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran dapat merangsang pengetahuan dan minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Peta pemikiran juga dapat dijadikan alat dalam proses pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran dalam kalangan pelajar dapat menjadi ukuran kepada keberkesanan peta pemikiran sebagai alat berfikir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menengah atas.