Pandangan alternatif pada analisis semantik kognitif imbuhan BeR
Wacana akademik tentang etika kajian dalam ilmu linguistik merupakan pendidikan tidak langsung bagi ahli komuniti selapangan. Pengkaji sememangnya terikat dengan tatasusila penggunaan bahan kajian dan harus menghormati pandangan asal pengarang lain. Oleh sebab itu, adalah mustahak menyatakan sumber...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK, UKM
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/1006/ http://journalarticle.ukm.my/1006/ http://journalarticle.ukm.my/1006/1/155-170.pdf |
Summary: | Wacana akademik tentang etika kajian dalam ilmu linguistik merupakan pendidikan tidak langsung bagi ahli komuniti selapangan. Pengkaji sememangnya terikat dengan tatasusila
penggunaan bahan kajian dan harus menghormati pandangan asal pengarang lain. Oleh sebab itu, adalah mustahak menyatakan sumber rujukan seperti diagram, skema
penunjuk, buah fikiran teras, pandangan pengkaji, serta penemuan pihak lain dalam kepustakaan ilmu linguistik. Perkara ini penting apabila sumber kajian linguistik kognitif digunakan sebagai kerangka analisis imbuhan awalan bahasa Melayu. Cabang linguistik kognitif seperti skema imej dan nahu kognitif yang berkemiripan dalam pandangan
masing-masing mudah menjadi maklumat saling rujuk sehingga terhasil dapatan yang keliru hujung pangkal. Perbincangan ini meninjau asal usul skema imej dalam sebuah kajian yang membelakangkan sumber asalnya. Kerangka kajian ke atas imbuhan beRdidapati masih mengandungi persoalan yang perlu diselesaikan ekoran tindanan beberapa fahaman kognitif yang berbeza-beza. |
---|