Enjin aktiviti menyurih belajar menulis aksara Jawi
Tulisan Jawi diperkenal kepada masyarakat Melayu sejak kurun ke-14. Namun, pada hari ini terdapat ramai generasi muda yang tidak boleh menguasai tulisan Jawi. Oleh kerana Jawi adalah teras bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, maka pelajar perlu menguasai tulisan dan bacaan Jawi bagi memudah pembe...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10057/ http://journalarticle.ukm.my/10057/ http://journalarticle.ukm.my/10057/1/13775-38774-1-PB.pdf |
Summary: | Tulisan Jawi diperkenal kepada masyarakat Melayu sejak kurun ke-14. Namun, pada hari ini terdapat ramai
generasi muda yang tidak boleh menguasai tulisan Jawi. Oleh kerana Jawi adalah teras bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam, maka pelajar perlu menguasai tulisan dan bacaan Jawi bagi memudah pembelajaran subjek
tersebut. Masalah penguasaan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan kanak-kanak bermula dengan
pembentukan aksara Jawi. Bagi memantap pembentukan aksara Jawi, pelajar perlu terlebih dahulu mahir menyurih
aksara. Menyurih aksara merupakan salah satu aktiviti awal bagi kanak-kanak dalam proses belajar menulis aksara
Jawi. Aktiviti tersebut mengguna teknologi digital dengan maklum balas masa nyata. Ia merupakan salah satu
teknologi baharu dalam proses pembelajaran menulis Jawi. Menyurih di atas tablet mengguna pen stilus adalah
sebagai input. Kajian ini bertujuan membangun enjin menyurih bagi memberi maklum balas terhadap ketepatan
aktiviti menyurih oleh pengguna. Ketepatan maklum balas aktiviti menyurih dinilai dengan mengguna kaedah
analisis perbandingan dengan melihat skor persetujuan di antara maklum balas enjin menyurih dan maklum
balas pakar. Skor persetujuan Indeks Pekali Kebolehpercayaan Krippendorff Alfa (Krippendorff a) diguna bagi
mengukur persetujuan di antara maklum balas enjin menyurih dan maklum balas pakar. Hasil penilaian skor
persetujuan Krippendorff a mendapati ketepatan maklum balas enjin menyurih hampir sama dengan maklum balas
yang diberi oleh pakar. |
---|