Penerokaan corak penggulungan syarikat di Malaysia mengguna kaedah perlombongan data
Penggulungan syarikat berlaku apabila syarikat tidak mampu membayar hutang kewangan atau sedang mengalami tekanan kewangan yang serius. Dari tahun 1998 sehingga 2003 secara purata sebanyak 1166 buah syarikat di Malaysia digulung pada setiap tahun. Kajian ini memfokus kepada penerokaan pengetahuan...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10050/ http://journalarticle.ukm.my/10050/ http://journalarticle.ukm.my/10050/1/10070-29349-1-PB.pdf |
Summary: | Penggulungan syarikat berlaku apabila syarikat tidak mampu membayar hutang kewangan atau sedang mengalami
tekanan kewangan yang serius. Dari tahun 1998 sehingga 2003 secara purata sebanyak 1166 buah syarikat di
Malaysia digulung pada setiap tahun. Kajian ini memfokus kepada penerokaan pengetahuan penggulungan
syarikat di Malaysia mengguna teknik perlombongan petua sekutuan (kuantitatif) dan penilaian pengetahuan
menerusi penglibatan pakar dalam domain kajian (kualitatif). Perlombongan petua sekutuan diguna bagi
melombong corak penggulungan syarikat dengan meneliti hubungan tersirat antara atribut syarikat seperti
jumlah_aset, jumlah_liabiliti dan untung_rugi. Pakar domain berperanan mengesah hubungan yang signifikan
antara atribut dan corak yang dilombong. Kajian ini berjaya melombong 2 kriteria kuantitatif dan 9 kriteria
kualitatif berkaitan penggulungan syarikat. Gabungan kriteria ini berpotensi diguna bagi menilai risiko
penggulungan syarikat Malaysia pada masa hadapan. |
---|