Larangan perdagangan sempadan China (Guangxi)-Vietnam semasa Pemberontakan Tay Son: retorik dalam laba politik

Menjelang abad ke-18, rakyat yang menetap di sempadan negeri China-Vietnam menyusuri laluan You Cun Ai di Provinsi Guangxi mulai menjalankan perdagangan sempadan. Namun, aktiviti perdagangan sempadan tersebut dihentikan oleh pihak berkuasa China apabila tercetusnya Pemberontakan Tay Son (1771-1802)....

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ku Boon Dar
Format: Article
Language:English
Published: School of History, Politics and Strategic Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10042/
http://journalarticle.ukm.my/10042/
http://journalarticle.ukm.my/10042/1/13781-37750-1-SM.pdf
Description
Summary:Menjelang abad ke-18, rakyat yang menetap di sempadan negeri China-Vietnam menyusuri laluan You Cun Ai di Provinsi Guangxi mulai menjalankan perdagangan sempadan. Namun, aktiviti perdagangan sempadan tersebut dihentikan oleh pihak berkuasa China apabila tercetusnya Pemberontakan Tay Son (1771-1802). Makalah ini mengkaji motif larangan perdagangan sempadan China (Guangxi)-Vietnam tersebut diambil dalam konteks hubungan perdagangan China-Vietnam yang telah terjalin sekian lama. Ini kerana perdagangan sempadan bukan sahaja membekalkan barangan keperluan harian tetapi larangan perdagangan sempadan tersebut telah memberikan impak yang besar kepada sosio ekonomi rakyat yang menetap di sempadan China-Vietnam. Kajian ini berpendapat bahawa Pemberontakan Tay Son hanyalah alasan untuk diuar-uarkan oleh China dalam menghalalkan penutupan perdagangan sempadan China-Vietnam sedangkan faktor tersirat adalah demi kemandiran politik China. China khuatir kekacauan di Vietnam akan mengundang kebanjiran anasir-anasir pemberontakan ke dalam negerinya.