Komunikasi moral lewat Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji
Artikel ini ini membicarakan tentang bagaimana Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji dapat berfungsi sebagai saluran komunikasi terhadap khalayak. Perisian dalam gurindam yang sarat dengan moral merupakan satu kaedah bagaimana pengarangnya mengajukan gurindam sebagai medium komunikasi yang berkesan bagi...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10035/ http://journalarticle.ukm.my/10035/ http://journalarticle.ukm.my/10035/1/V31_2_35.pdf |
Summary: | Artikel ini ini membicarakan tentang bagaimana Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji dapat berfungsi sebagai saluran komunikasi terhadap khalayak. Perisian dalam gurindam yang sarat dengan moral merupakan satu kaedah bagaimana pengarangnya mengajukan gurindam sebagai medium komunikasi yang berkesan bagi menyampaikan mesej kepada khalayak. Perbincangan artikel ini menggunakan pendekatan moral untuk melihat bagaimana gurindam dapat memberi sumbangan kepada peradaban manusia, khususnya dalam hal yang berkaitan dengan pembinaan insaniah manusia. Hasil daripada kajian mendapati Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji begitu sarat sekali dengan persoalan-persoalan moral/akhlak yang dapat membentuk pembinaan sahsiah sesuatu bangsa.Tangggungjawab ibu bapa terhadap anak dan tanggungjawab anak terhadap orang tuanya, adab berbicaradan menjauhi sikap buruk sangka adalah antara perisian yang terdapat dalam gurindam yang boleh menjadi medium berkesan sebagai alat komunikasi moral dalam kehidupan sehari-hari. |
---|