Kepentingan kecerdasan emosi dalam komunikasi keorganisasian dan pengaruhnya terhadap kepuasan kerja
Kecerdasan emosi adalah sebahagian daripada aspek penting dalam komunikasi keorganisasian. Kecerdasan emosi merupakan aset penting kepada pekerja dan organisasi. Dengan adanya kecerdasan emosi, akan melahirkan pekerja yang seimbang dari segi fizikal, mental dan psikologikal. Kertas ini mengupas kepe...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10031/ http://journalarticle.ukm.my/10031/ http://journalarticle.ukm.my/10031/1/V31_2_31.pdf |
Summary: | Kecerdasan emosi adalah sebahagian daripada aspek penting dalam komunikasi keorganisasian. Kecerdasan emosi merupakan aset penting kepada pekerja dan organisasi. Dengan adanya kecerdasan emosi, akan melahirkan pekerja yang seimbang dari segi fizikal, mental dan psikologikal. Kertas ini mengupas kepentingan kecerdasan emosi terhadap kepuasan kerja kakitangan pelaksana sukan sekitar Lembah Kelang. Kakitangan pelaksana sukan merupakan antara individu yang paling banyak berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat baik dari peringkat Menteri hinggalah kepada atlet dan peminat sukan yang datangnya daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Justeru kebolehan dan kemahiran mereka dari segi menguruskan emosi ketika berhadapan dengan stakeholder adalah sangat penting. Lima dimensi kecerdasan emosi dikaji untuk melihat tahap kecerdasan emosi kakitangan pelaksana sukan serta hubungan dan pengaruh kecerdasan emosi tersebut terhadap kepuasan kerja. Lima dimensi tersebut ialah kesedaran diri, kawalan diri, kemahiran sosial, motivasi diri dan empati. Berdasarkan analisis min, kelima-lima dimensi kecerdasan emosi kakitangan pelaksana sukan berada pada tahap tinggi. Melalui ujian korelasi pula, terdapat hubungan positif yang tinggi dan signifikan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja (p<.01, r=0.83). Sementara analisis regresi pelbagai pula menunjukkan pengaruh yang signifikan bagi dimensi kemahiran sosial dan kesedaran diri ke atas kepuasan kerja(p<.01, R2 = 0.76). Ini menunjukkan bahawa kemahiran sosial dan kesedaran diri memberi pengaruh ke atas kepuasan kerja sebanyak 76 peratus. Tiga lagi dimensi yang dikaji
iaitu kawalan diri, motivasi diri dan empati adalah tidak signifikan. |
---|