Si Tanggang moden dan perubahan makna dalam cerita bermotifkan anak derhaka
Artikel ini membicarakan motif anak derhaka dan kaitannya dengan masyarakat kontemporari. Motif yang berakar daripada cerita rakyat Melayu ini adalah motif tipikal Dunia Melayu. Hampir setiap suku bangsa Melayu di Nusantara ini mempunyai ceritanya sendiri seperti Si Tanggang, Malim Kundang dan Nakho...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10015/ http://journalarticle.ukm.my/10015/ http://journalarticle.ukm.my/10015/1/V31_2_16.pdf |
Summary: | Artikel ini membicarakan motif anak derhaka dan kaitannya dengan masyarakat kontemporari. Motif yang berakar daripada cerita rakyat Melayu ini adalah motif tipikal Dunia Melayu. Hampir setiap suku bangsa Melayu di Nusantara ini mempunyai ceritanya sendiri seperti Si Tanggang, Malim Kundang dan Nakhoda Manis merupakan cerita yang paling popular. Populariti motif ini menyebabkan tertanamnya di sanubari orang Melayu bahawa tindakan seseorang anak yang menganiayai ibu bapanya adalah umpama Si Tanggang, Malim Kundang atau Nakhoda Manis, anak yang derhaka yang disumpah menjadi batu. Dalam konteks semasa, cerita warisan yang menjadi alat kawalan sosial ini sudah hilang fungsinya. Dalam kehidupan masyarakat kontemporari yang serba maju, canggih dan pantas, gejala sosial terus berlaku dengan jumlah yang meningkat. Peristiwa malang ibu bapa yang teraniaya sama ada dimarahi, diherdik, dikasari, dipukul, mahupun diganggu emosinya sering tersiar di media. Malah ada antara mereka yang turut ditinggalkan tanpa penjagaan, dihalau keluar dari rumah dan juga diserahkan ke rumah orang tua. Senario ini memperlihatkan berlakunya proses perubahan makna terhadap motif anak derhaka walaupun latar belakang generasi kontemporari berpendidikan agama, berpendidikan tinggi, maju dan moden. Cerita rakyat warisan bangsa kurang signifikan dalam mendidik manusia bagi menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan orang tua lebih-lebih lagi ibu bapa sendiri. |
---|