Pengurusan privasi Facebook penjawat awam: pengaruh intensiti penggunaan, kemahiran swaawas dan orientasi privasi organisasi

Facebook adalah medium kegemaran majoriti pengguna media sosial termasuklah penjawat awam di Malaysia. Namun, penjawat awam kini berhadapan dengan isu pengurusan privasi maklumat dalam Facebook yang semakin bercampur aduk antara maklumat organisasi dengan maklumat peribadi. Kajian ini bertujuan meng...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sobhi Ishak, Junaidi Abd Ghani
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10003/
http://journalarticle.ukm.my/10003/
http://journalarticle.ukm.my/10003/1/V31_2_5.pdf
Description
Summary:Facebook adalah medium kegemaran majoriti pengguna media sosial termasuklah penjawat awam di Malaysia. Namun, penjawat awam kini berhadapan dengan isu pengurusan privasi maklumat dalam Facebook yang semakin bercampur aduk antara maklumat organisasi dengan maklumat peribadi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh intensiti penggunaan Facebook, kemahiran swaawas, dan orientasi privasi organisasi terhadap pengurusan privasi Facebook penjawat awam. Kajian tinjauan keratan rentas dijalankan terhadap penjawat awam yang berkhidmat di agensi kerajaan negeri, persekutuan dan badan berkanun di negeri Kedah. Seramai 138 responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Borang soal selidik mengandungi empat instrumen iaitu Skala Intensiti Facebook, Skala Swaawas, Orientasi Privasi Organisasi dan Skala Pengurusan Privasi Facebook. Data dianalisis secara deskriptif dalam bentuk min dan sisihan piawai berbantukan perisian SPSS. Manakala analisis inferensi melibatkan analisis Partial Least Square-Structural Equation Modelling (PLS-SEM) berbantukan perisian SmartPLS 3.0. Hasil kajian menunjukkan orientasi privasi organisasi dan kemahiran swaawas memberi pengaruh yang signifikan terhadap intensiti penggunaan Facebook. Selain itu, intensiti penggunaan Facebook, orientasi privasi organisasi dan kemahiran swaawas turut memberi pengaruh yang siginifikan terhadap pengurusan privasi Facebook. Kajian ini menjelaskan peranan faktor individu dan persekitaran sosial organisasi dalam menentukan pengurusan privasi Facebook. Dapatan kajian ini boleh digunakan bagi merangka program untuk meningkatkan pengurusan privasi maklumat dalam talian bagi penjawat awam.